Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Hilman Idham bercakap kepada media selepas hadir pada Mesyuarat MPP AMK bersama pimpinan AMK cabang seluruh Malaysia di Rumah Pemuda, Shah Alam, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 20 NOVEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Keputusan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat (AMK), Hilman Idham  untuk meneruskan perasmian Kongres AMK dengan menjemput Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai perasmi telah melanggar Peraturan Tetap AMK.

Malah tindakan beliau memanggil mesyuarat berasingan tanpa persetujuan sah dari Majlis Pimpinan AMK juga adalah melampau dan tidak bertanggungjawab.

Sehubungan dengan itu, Naib Ketua AMK Malaysia, Thiban Subbramaniam mahu supaya Majlis Pimpinan Pusat PKR mengenakan tindakan tegas terhadap Hilman yang merupakan Setiausaha Politik kepada Azmin.

BACA: PKR pecah tradisi jemput TPM rasmi kongres AMK

“Kegagalan beliau untuk menghadiri mesyuarat bulanan mencerminkan beliau seorang pemimpin yang tidak berdisiplin walaupun menang pemilihan parti.

“Mengheret parti untuk bertelingkah ke kancah media adalah tindakan yang sengaja dibuat untuk memburukkan imej parti sedangkan terdapat saluran rasmi.

“Justeru itu saya dengan tegas mencadangkan supaya Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat untuk mengambil tindakan tegas terhadap Hilman,” kata Thiban dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam sidang media malam tadi, Hilman berkata, keputusan meneruskan tradisi kongres AMK mendapat sokongan 132 daripada 196 Ketua AMK Cabang dari seluruh negara.

“Seluruh pergerakan dan perwakilan AMK di peringkat nasional, cabang dan ranting akan digerak untuk pertahan tradisi dan konvensyen Keadilan,” katanya pada sidang media di Rumah Pemuda.

BACA: Tradisi kekal, Azmin akan rasmi Kongres Nasional AMK – Hilman

Batal jemput Azmin bukti PKR sedang berantakan – AMK

— MalaysiaGazette 

 

 

1 Komen

Comments are closed.