KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan kerajaan Pakatan Harapan mengenai nasib semasa dan masa depan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Setiausaha Agung UMNO yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu secara terbuka menyatakan kebimbangan mengenai NAFAS yang kini dianggotai mereka yang bukan pilihan petani.

Katanya, memberi kontrak kepada NAFAS tidak semestinya tidak baik.

“Masalahnya yang pertama membatalkan tender terbuka yang sudah disempurnakan itu yang jadi isu.

“Keduanya adalah masalah NAFAS yang kini dianggotai kroni menteri,bukan dipilih oleh petani.

“Apakah nafas cuba dijadikan vehicle politik menteri?,” soal beliau dalam ciapan tersebut.

Isu tender terbuka yang diberikan kepada NAFAS dipersoalkan oleh  Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong kerana ia didakwa dilakukan secara rundingan terus.

Sedangkan, kata Ka Siong, tender itu sewajarnya dibuat tender terbuka dan bukannya melalui pintu belakang yang selalu diuar-uarkan oleh kerajaan Malaysia Baru.

Sebelum ini Kerajaan Pakatan Harapan melaungkan-laungkan tiada rundingan terus sebaliknya semua tender perlu dibuat secara terbuka.

“Mereka buat tender terbuka dan masuk pintu belakang. Dia sudah buat tender terbuka dan tiba-tiba tak dapat kontrak terus dibuat rundingan. Apa sudah jadi?,” soal Ka Siong. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Itu perkara biasa yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah. Siapa memerintah pun akan buat macam itu juga. Tidak boleh lari sikap manusia seperti itu.

Comments are closed.