Liew Vui Keong

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad  mempunyai kuasa untuk merombak kabinet dan boleh buat apa sahaja yang beliau mahu atas prinsip prerogatif jawatannya itu.

Itu penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berhubung kenyataan Perdana Menteri semalam yang akan membuat rombakan kabinet sebelum November tahun depan.

“Jika anda majikan, anda yang boleh buat keputusan. Ia adalah kuasa Perdana Menteri untuk buat apa sahaja dia mahu.

“Ini terpulang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini adalah kuasa yang diberikan kepada dia, saya tidak boleh komen,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Mahathir berkata, beliau sedia mempertimbangkan rombakan kabinet diadakan susulan kekalahan Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Tanjung Piai, Sabtu lau.

“Kita juga berpendapat ada perlunya adakan rombakan kabinet. Saya sebagai PM bertanggungjawab rombak kabinet dan saya dengar pandangan-pandangan mereka.

“Tapi bukan la hari ini bukan esok, tapi setelah kaji pencapaian dan kebolehan menteri-menteri yang ada sekarang ini. Lepas itu baru bincang tentang kemungkinan kita adakan rombakan kabinet,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Petaling Jaya. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Rombakan Kabinet sebelum November tahun depan