Foto Instagram Sharifah Shahirah

KUALA LUMPUR – Penyampai radio popular dan pelakon, Sharifah Shahirah bersikap terbuka apabila menerima keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) anaknya, Airra Zulkifili yang mendapat 2A, 1B, 2C, 1D.

Shahirah, 45, atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired berkata, keputusan UPSR anaknya tidaklah secemerlang pelajar lain, namun penyampai radio Suria FM, Shiera tetap berkongsi sijil keputusan itu di Instagram.

Dia berpendapat tiada apa yang perlu dirahsiakan kerana baginya bukan keputusan cemerlang sahaja layak dikongsi di laman sosial.

“Tak salahkan kalau tak ada 6A tapi letak kat Instagram sebab nanti ramai tanya… haaa senang!

“Tak ada nak dirahsiakan, yang best korang tahu dulu sebelum bapa dia tahu! Haha… bapa sibuk dekat padang golf.

“Tahniah anak korang bijak, anak kita tak berapa… tapi boleh la, sikit lagi nak gagal Bahasa Melayu” katanya di laman Instagram.

Menerusi slip keputusan tersebut, anak ketiganya itu menerima keputusan 2A, 1B, 2C dan 1D.

Dalam pada itu, Shiera turut mengucapkan tahniah kepada pelajar lain yang berjaya menerima keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

“Tahniah yang dapat 6A…. ibu penat berdoa dan menangis!

“Kami pun penat menangis, tapi ikut mak slow learner… tak faham-faham apabila cikgu cakap! Terima kasih cikgu Sekolah Kebangsaan Taman Melawati,” ujarnya.

Sementara itu, rata-rata pengikut bersetuju dengan tindakan Shiera yang dilihat menghargai keputusan yang diperolehi oleh anaknya itu.

Hari ini, seramai 445, 641 calon UPSR di seluruh Malaysia mengambil keputusan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah dan UPSR 2019 di sekolah masing-masing. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Syabas n tahniah Pn Sharifah Shahirah, 6A UPSR bukan segalanya. Sikap puan patut di puji, krn byk lg peluang bg ank puan utk memenuhi impian n cita2 beliau. PMR, SPM n STPM adalah peluang2 bg ank puan menunjukkn bakat n kecerdasan beliau. Sikap yg puan tunjukkan itu akn memberikan semangat n dorongan utk beliau berusaha dgn lebih gigih lg.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.