Perisa baharu kerepek kentang Tasto adalah Ikan Tiga Rasa, Kari Ketam dan Rumpai Laut dengan sos Korea.

KUALA LUMPUR – BJC Foods (Malaysia) Sdn. Bhd. (BJC Foods), syarikat pengeluar snek memperkenalkan tiga snek baharu jenama Tasto di pasaran yang bercitarasakan perisa tempatan

Pengarah Urusan BJC Foods, Phillip Leong berkata, perisa kerepek kentang adalah Ikan Tiga Rasa, Kari Ketam dan Rumpai Laut dengan sos Korea.

Beliau berkata, pihaknya telah menggabungkan semua perisa itu untuk memastikan rasa seimbang dan unik dalam usaha memberikan kelainan rasa baharu kepada peminat snek di negara ini.

“Tiga perisa utama yang menjadi sebahagian daripada hidangan ini ialah manis, masam dan pedas. Seperti perisa Kari Ketam, kami menawarkan pelanggan perisa yang sama dengan rasa isi ketam yang enak dan rangup.

“Dengan pengaruh budaya Korea yang semakin popular melalui fenomena K-Pop untuk memenuhi selera pelanggan generasi baharu, kerepek kentang Tasto berperisa Rumpai Laut dengan sos Korea pula bakal menjadi pilihan baharu selepas restoran yang menyajikan makanan Korea,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran produk itu baru-baru ini.

Pada majlis sama, BJC Foods turut memperkenalkan keropok beras berjenama Dozo khas untuk golongan kanak-kanak dan ibu bagi mengatasi anak-anak mereka yang aktif atau semasa sibuk menguruskan rumah mereka.

Kerepek kentang TASTO kini menyasarkan penggemar muda untuk memberi pengalaman yang menyeronokkan.

BJ Foods merupakan syarikat subsidiari Berli Jucker Public Company Limited dari Thailand.

Mengulas lanjut, Phillip yakin ketiga-tiga perisa baharu itu akan dapat memenuhi keperluan peminat tempatan dan menjadi snek yang popular di pasaran Malaysia sebelum dieksport ke luar negara.

Jelas beliau, kerepek kentang Tasto kini menyasarkan penggemar di kalangan generasi muda untuk memberi mereka pengalaman yang menyeronokkan dan mengujakan.

“Sementara itu, keropok Dozo yang dibuat dari beras Jepun pula pula bermutu tinggi dan disediakan dalam pelbagai pilihan makanan seperti asli, jagung dan rumpai laut.

“Keropok ini sangat berkhasiat kerana dipanggang dalam ketuhar untuk memberikan pilihan snek yang sihat kepada pelanggan.

“Ia juga mempunyai saiz ideal yang boleh dibawa dan dimakan dengan mudah pada bila-bila masa untuk meningkatkan tenaga atau mengurang rasa lapar,” katanya.

Phillip menambah, BJ Foods teruja dengan pengenalan produk baharu itu sebagai satu langkah berani dalam industri di sebalik kebanyakan pengeluar snek makanan mengambil jalan mudah dengan menyediakan produk tradisional.

“Saya yakin pelanggan kami akan mendapati produk kami berkualiti dan rasa yang lazat kerana rasa yang menyegarkan dan memenuhi selera kereka.

“Tambahan pula, kami yakin keropok beras Dozo baharu kami akan menjadi kegemaran di kalangan pelanggan yang aktif dan sentiasa mencari cara yang lebih sihat untuk mengekalkan tahap tenaga mereka,” jelas beliau lagi.

Kerepek kentang Tasto baharu itu kini boleh di dapati di semua kedai runcit dan kedai serbaneka di seluruh Malaysia manakala keropok beras Dozo dijual di kedai-kedai yang dipilih. – MalaysiaGazette

BJ Foods merupakan syarikat subsidiari Berli Jucker Public Company Limited dari Thailand.