WELLINGTON, New Zealand – Penduduk Pulau Bougainville yang terletak di Lautan Pasifik akan mula mengundi satu referendum pada Sabtu ini bagi memutuskan samada mereka mahu mewujudkan sebuah negara baharu dengan mendapatkan kemerdekaan daripada Papua New Guinea.

Referendum itu akan berlangsung selama dua minggu dan ia merupakan bahagian penting pada perjanjian perdamaian 2001 yang menamatkan perang saudara yang mana sekurang-kurangnya 15,000 terkorban di gugusan pulau di timur Papua New Guinea.

Para pakar percaya 250,000 penduduk Bougainville akan mengundi untuk mewujudkan negara yang merdeka daripada mengundi pilihan lain, mendapat kuasa autonomi yang lebih banyak.

Bagaimanapun undian bukannya kata pemutus, lapor AP.

Referendum itu tidak digabung dan undi untuk kemerdekaan perlu dilakukan menerusi rundingan antara pemimpin Bougainville dan Papua New Guinea.

Keputusan muktamad akan dibawa ke pengubal undang-undang di Parlimen Papua New Guinea.

Penyelaras Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Papua New Guinea, Gianluca Rampolla berkata, badan dunia itu telah bekerja keras bagi memastikan pengundian dilakukan secara aman, telus, inklusif dan berwibawa.

Beliau berkata, terdapat 40 kakitangan PBB dan 100 pemerhati antarabangsa turun padang.

Katanya, beliau berpendapat tidak akan berlakukan keganasan semasa pengundian dilakukan.

“Mereka telah menunggu selama 19 tahun untuk detik bersejarah ini.

“Saya rasa mereka akan gembira,” katanya.

Lebih 200,000 orang layak mengundi referendum itu dan keputusannya akan diumumkan pada pertengahan Disember.

Rampolla berkata, tempoh pengundian dilanjutkan selama dua minggu berikutan keadaan muka bumi yang sukar diakses. – Agensi