TERKINI : Aksi “30 Anggota SMART” Jalani Latihan Menyelamat Dari Ruang Udara

KUALA SELANGOR – Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) terus memperkukuhkan anggotanya dengan menjalani latihan menyelamat dari udara.

Komander SMART,  Kolonel Mohd Tahar Abdul Razak berkata, sebelum ini pasukan itu tertumpu dalam operasi menyelamat melalui darat dan laut.

Katanya, bagi melengkapkan anggotanya dengan pelbagai kemahiran pihaknya berkerjasama dengan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (PUJBPM) Subang.