Keadaan bangkai-bangkai pesawat MH17 yang bertaburan dan manjadi tumpuan orang ramai semasa tinjauan di lokasi tragedi MH17 terhempas di Ukraine. Krew MalaysiaGazette berada Grovova, Ukraine pada 22 Julai 2014. Foto : NOOR ASREKUZAIREY SALIM

SYDNEY – Saksi yang mempunyai maklumat tentang insiden pesawat MH17 milik Malaysia Airlines yang ditembak jatuh dijanjikan kehidupan baharu di Australia jika mereka tampil memberi keterangan.

Pesawat tersebut ditembak jatuh di Ukraine pada Julai 2014 ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur menyebabkan 298 orang terbunuh.

Pada minggu lalu Polis Persekutuan Australia menyertai pencarian saksi baharu.

Para pegawai mahu mengetahui bagaimana arahan penempatan peluru berpandu darat-ke-udara yang menembak pesawat tersebut dilakukan.

Mereka juga mencari maklumat mengenai puak pemisah di Donestk dan hubungan mereka dengan pembuat keputusan di Rusia yang menyokong tenteranya di timur Ukraine.

“Kami komited mencari kebenaran dan saya menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini tampal ke hadapan,” kata Pembantu Komisioner Polis Persekutuan Australia, Peter Crozzier pada minggu lalu.

Kini saksi yang ‘takut dengan hukuman’ akan diberi identiti baharu, menurut Daily Telegraph.

Para saksi mungkin diberi perlindungan, malah dibenarkan bermastautin secara kekal di Australia atau negara lain yang selamat, lapor akhbar itu.

Pada minggu lalu, para penyiasat mendedahkan panggilan perbualan telefon yang dipintas antara pegawai tinggi Rusia dengan pihak pemisah yang didakwa menembak katuh pesawat Boeing, B777 di timur Ukraine lima tahun lalu.

Para penyiasat yang diketuai Belanda berkata, pangilan telefon tersebut menunjukkan perkhidmatan keselamatan Rusia dikaitkan dengan puak pemisah di timur Ukraine.

Mereka mendedahkan puak pemisah menghubungi Rusia ‘hampir setiap hari’ pada musim panas 2014, ketika pesawat tersebut ditembak jatuh. – Agensi