Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. foto SYAFIQ AMBAK, 21 NOVEMBER 2019

Bagaimanapun, Tun Dr. Mahathir berkata, kadang kala mungkin ada sebab mengapa masalah timbul antara menteri dan KSU, lapor Astro Awani.

“Jadi kita kena belajar dan berbuat baik dan mereka akan bekerja. Kalau kita tunjuk muka masam, susah sikit,” katanya dalam sidang media bersama wartawan Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul  hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal berita yang mendakwa hampir 10 pegawai kementerian disyaki membocorkan maklumat kerajaan dan perkara itu dibangkitkan beberapa  menteri dalam mesyuarat kabinet.

Laporan portal itu juga menyebut ada beberapa menteri meminta agar KSU dan pegawai kanan kerajaan dipindahkan dari kementerian.

Dr Mahathir mengakui konflik yang berlaku kepada kementerian terlibat mungkin disebabkan pentadbiran kerajaan terdahulu.

“Kadang-kadang itu ada juga berlaku bahawa pegawai lama ni dia sudah tabiat dia sokong BN. Susahlah sikit. Konflik memang ada. Negara lain dia buang langsung kerajaan lama. Kita buang yang terlibat rasuahlah,” ujarnya. – MalaysiaGazette