Shinzo Abe. foto Reuters

SEOUL – Media Korea Utara membidas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe sebagai “sewel dan kerdil politik” kerana mengeluarkan kenyataan berhubung ujian pelancaran peluru berpandu balistik besar-besaran baru-baru ini.

Malah, Pyongyang turut memberi amaran bahawa Abe mungkin melihat satu lagi pelancaran sebenar dalam masa terdekat ini.

Korea Utara melancarkan dua peluru jarak jauh ke laut di pantai timurnya pada hari Khamis lalu dalam ujian keempat peluru berpandu yang sangat besar.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menyifatkan ia sebagai ujian yang hebat.

Susulan ujian yang dijalankan, Abe berkata, pelancaran peluru berpandu Korea Utara itu adalah satu ancaman kepada Jepun dan masyarakat antarabangsa.

Tokyo akan memantau keadaan dengan rakan-rakannya.

“Abe boleh dikatakan adalah satu-satunya lelaki dungu dan bodoh di dunia yang dikenali dalam sejarah kerana gagal membezakan peluru berpandu daripada pelbagai sistem roket pelancaran ketika melihat laporan yang disertai foto,” agensi berita KCNA yang memetik kenyataan timbalan ketua jabatan Jabatan Hal Ehwal Jepun Kementerian Luar Korea Utara.

Sambil memberi amaran, beliau berkata: “Abe akan dapat melihat peluru berpandu balistik yang sebenar lebih dekat pada masa depan yang tidak lama lagi … Abe tidak lain adalah orang bodoh yang sempurna dan kerdil politik tidak selari di dunia.”

Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengharamkan Korea Utara daripada melepaskan peluru berpandu dan menggunakan teknologi tersebut.

Namun, Korea Utara menolak peraturan yang dikenakan atas alasan mempunyai mempertahankan dirinya. – MalaysiaGazette