Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 02 DISEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Isu abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), mendiang Chin Peng yang dibawa balik ke negara ini tanpa kebenaran tidak sepatutnya menjadi hangat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meskipun memahami perasaan dan sensitiviti tentera dan polis yang sebelum ini berjuang berdasarkan sejarah, namun Presiden PKR itu berkata, negara kini telah mencapai perdamaian dengan PKM menerusi Perjanjian Damat Hatyai 1989.

Selain itu kata beliau, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak termasuklah dirinya juga mempunyai hubungan baik dengan Parti Komunis China dan kerajaan negara tersebut.

“Yang itu sekarang ini telah disiasat oleh polis, saya ini ambil pendirian yang lebih lunak maknanya tahu sejarah, tahu masalah kekejaman, tahu perlawanan, tahu sensitiviti dan tahu perasaan tentera dan polis tetapi juga tahu bahawa kita dah capai perdamaian, (bekas Perdana Menteri Ke-2) Tun Abdul Razak Hussein telah mula berunding dengan Chou En Lai (Perdana Menteri China) dan Datuk Seri Najib ada hubungan baik dengan Parti Komunis China dan kerajaan China, Tun Mahathir Mohamad teruskan, saya pun jumpa Parti Komunis China.

“Jadi, saya tak fikir soal abu itu harus jadi terlalu hangat, sudahlah,” kata Pengerusi kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen itu hari ini.

Untuk rekod, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, tinggal dalam buangan di Thailand sejak Perjanjian Damai Hat Yai 1989 dan meninggal dunia pada 16 September 2013 di sebuah hospital di Bangkok akibat sakit tua pada usia 90 tahun.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa abu mayat mendiang Chin Peng telah dibawa pulang ke Perak pada 16 September lalu selepas enam tahun kematiannya.

Baru-baru ini, Mahathir ketika diminta mengulas lanjut mempersoalkan niat pihak yang membangkitkan isu pembuangan abu mayat Chin Peng.

Bekas Ketua Polis Negara, Abdul Rahim Noor  juga menegaskan tidak ada salahnya tindakan membawa pulang abu mayat Chin Peng dengan mengatakan pemimpin komunis itu bukan lagi menjadi suatu ancaman.

Setakat ini, dilaporkan polis memanggil lima  telah memberi keterangan yang antaranya merupakan penyelaras kumpulan yang menguruskan berhubung isu membawa pulang abu mayat bekas pemimpin parti komunis itu. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Betul perdamian dengan pertubuhan pengganas itu telah dibuat pada tahun 1989. Tetapi ia adalah di antara Kerajaan Malaysia dengan pertubuhan penganas tersebut. Namun perdamaian tersebut tidak mengambil kira pandangan orang ramai khususnya keluarga angkatan bersenjata (polis dan askar) serta orang2 kampung yg terkorban – dibunuh oleh pengganas komunis.

    Pun bagitu, ia juga tidak mengambil pandangan dari pertubuhan atau individu yang pernah berkhidmat dengan pasukan bersenjata. Ini kerana mereka lebih terkesan dan memahami akan keperitan di dalam mempertahankan negara dari ancaman komunis.

    Kerajaan pun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yg tinggi bagi mempertahankan negara – sedangkan negara baru mencapai kemerdekaan dan memerlukan kewangan yang banyak untuk pembangunan pada waktu itu.

    Dengan sikap pemimpin2 yg mempunyai pelbagai versi di dalam isu ini, sekarang kita dapati ada pihak yg berani utk bertindak sehingga MENGADAKAN MAJILS SAMBUTAN mengenainya.

    Akan datang apa lagi yg akan berlaku?….. belum pasti!!!!

    Wasalam.

  2. Kerajaan kena bertindak jika majlis yang diadakan itu bertentangan dengan undang-undang negara Malaysia. Sebelum perkara itu merebak boleh menyebabkan keselamatan. Dan perpecahan kaum. Jangan bercakap saja tapi tidak bertindak.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.