Penerbangan terus yang dilancarkan oleh syarikat penerbangan Malindo Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Surat Thani, Thailand ke Kota Bharu bakal menarik lebih ramai pelancong ke Kelantan.
Semua penumpang yang menaiki pesawat Malindo Air dari Sabah ke Tianjin dikuarantin sejak Ahad lalu.-pix hiasan

KUALA LUMPUR – Malindo Air memperkenalkan laluan baharunya ke Vietnam semalam, apabila syarikat penerbangan itu melancarkan penerbangan langsungnya dari Kuala Lumpur ke Da Nang, Vietnam.

Ini merupakan destinasi ketiga Malindo Air di Vietnam selepas Hanoi dan Ho Chi Minh City.

“Penerbangan itu akan bermula dengan kekerapan tiga kali seminggu dari 1 sehingga 8 Dis, 2019; dan kemudiannya meningkat kepada empat kali seminggu dari 9 hingga 12 Dis, 2019; enam kali seminggu dari 13 Dis, 2019 sehingga 19 Jan, 2020, dan kekerapan itu kemudiannya akan ditingkatkan kepada penerbangan harian dari 20 Jan, 2020 hingga seterusnya,” kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Sempena meraikan laluan baharu itu, Malindo Air menawarkan tambang pengenalan istimewa bagi Kuala Lumpur-Da Nang bermula daripada serendah RM669 sehala bagi Kelas Perniagaan dan daripada RM179 sehala bagi tambang Kelas Ekonomi.

Tambang istimewa itu boleh ditempah bermula sekarang sehingga 15 Dis, 2019 bagi tempoh perjalanan dari 15 Dis, 2019 hingga 19 Ogos, 2020.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Kapten Mushafiz Mustafa Bakri berkata pelancaran penerbangan terus ke Da Nang dari Kuala Lumpur itu mencerminkan usaha berterusan Malindo Air untuk memantapkan operasi serantau syarikat penerbangan tersebut.

”Kami gembira melancarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Da Nang, bandar bersejarah terkenal dengan beberapa Tapak Warisan Dunia UNESCO, termasuk Imperial City of Hue, the Old Town of Hoi An, dan runtuhan lama My Son,” katanya.

Malindo Air adalah syarikat penerbangan berpangkalan di Malaysia dengan hab utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Subang Skypark, Selangor.

— BERNAMA