Pemilihan media bagi liputan sidang Dewan Rakyat harus dilakukan secara seimbang dan sama rata, supaya tidak ada yang merasa dipinggirkan atau kebebasan media untuk menjalankan tugas disekat.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan sekurang-kurangya satu peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diperuntukan kepada kementerian itu setiap tahun.

Malah tambah menterinya, Mohamad Sabu, beliau mahu lebih banyak peruntukan diberikan kepada kementeriannya bagi memenuhi persiapan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan RMK-13.

“Kami mahu sekurang-kurangnya satu peratus KDNK untuk Kementerian Pertahanan setiap tahun. Tapi untuk RMK12 dan RMK13 kita sudah rangka dan kita minta lebih,” katanya pada sidang media selesai membentangkan Kertas Putih Pertahanan (KPP) di Dewan Rakyat.

Kertas Putih Pertahanan adalah dokumen terbuka yang memberi penerangan secara jelas peranan rakyat, agensi dan organisasi pertahanan selain anggota tentera dalam mempertahankan negara.

Ia bersifat umum dan tidak mengandungi maklumat sulit dan sensitif berhubung keselamatan negara.

Bagaimanapun Mohamad berkata, tidak semua perkara yang terdapat dalam Kertas Putih Pertahanan didedahkan khususnya melibatkan jumlah aset pertahanan negara.

“Sudah tentu kita tidak boleh dedahkan semuanya kepada rakyat. Tapi kita berbincang secara mendalam mengenainya bahkan kita ada bincang dengan Ahli Parlimen pembangkang tadi. Nanti mereka (orang luar) akan tahu kapasiti dan kekuatan angkatan tentera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyifatkan Mohamat gagal memeperincikan aspek pertahanan negara secara keseluruhan menerusi Kertas Putih Pertahanan, sebaliknya ia lebih kepada ‘wish list’ semata-mata.-MalaysiaGazette