Rakyat disaran menggunakan minyak sawit dalam pelbagai bentuk dalam kehidupan seharian sebagai sokongan membantu kerajaan meningkatkan harga komoditi tersebut, kata Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Shamsul Iskandar Mohd Akin.

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ada pihak yang cuba menipu ahli dengan menggunakan nama pemimpin parti untuk tujuan tertentu.

Menurut beliau, PKR mengesan perbuatan itu dan mempersoalkan bagaimana nama Naib Presiden PKR, Tian Chua dan R Sivarasa dimasukkan dalam kenyataan Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“PKR terkejut dengan kenyataan Naib Presiden PKR Tian Chua dan Sivarasa Rasiah yang telah menafikan terdapatnya desakan permohonan maaf daripada Presiden di dalam deraf kenyataan asal yang ditandatangani.

“Dengan kenyataan mereka itu secara tuntas menunjukkan terdapatnya penipuan oleh segelintir pemimpin tertentu yang telah memanipulasi deraf kenyataan asal yang bertujuan untuk memalukan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tersebar kenyataan bahawa terdapat 20 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR sebulat suara menolak pemecatan Zakaria Abdul Hamid sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu dan menuntut Anwar memohon maaf.

Memo berjudul ‘Pemecatan Zakaria Abdul Hamid Sebagai Ahli MPP Keadilan Adalah Tidak Sah’ pada Sabtu lalu itu ditujukan kepada Lembaga Disiplin PKR.

Tiga daripada 20 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Azmin sendiri, serta dua Naib Presiden iaitu Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua.

Tujuh belas nama lain di dalam memo berkenaan ialah Ketua Wanita, Haniza Mohamed Talha; Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Hilman Idham dan Timbalan Ketua Wanita, Dr Daroyah Alwi.

Ahli MPP lain termasuk Amiruddin Shaari, Datuk Mohd Rashid Hasnon, R Sivarasa, Rahimah Majid, Elizabeth Wong, Datuk Saifuddin Abdullah, Radzlan Jalaluddin, Datuk Dr Mansor Othman, Datuk Kamaruddin Jaafar, Azmizam Zaman Huri, Gan Pei Nei, Hee Loy Sian, Datuk Seri R Santhara Kumar serta Zakaria sendiri. -MalaysiaGazette