Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis di Sabah.

Tarikh mesyuarat berkenaan akan dimaklumkan kemudian oleh SPR, kata Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun.

“SPR telah mengambil maklum dan akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah mengisytiharkan bahawa keputusan pilihan raya bagi kerusi Parlimen P.176 Kimanis, Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu adalah tidak sah dan terbatal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, bagi melaksanakan proses pilihan raya di kawasan tersebut, suruhanjaya itu akan bermesyuarat tidak lama lagi. -MalaysiaGazette