TERKINI : Imigresen Perkenal Sistem Baharu [email protected] – Muhyiddin Yassin

Jabatan Imigresen memperkenalkan sistem baharu [email protected] sebagai inisiatif baharu bagi memudahkan orang awam terutamanya para majikan untuk membuat perlanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pekerja asing mereka secara atas talian tanpa berurusan di kaunter Imigresen mulai 1 Januari 2020.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, melalui sistem [email protected], majikan akan berurusan terus dengan Imigresen tanpa mengambil nombor giliran dan menunggu di kaunter berjam lama setiap hari.