Kim Jong-un dan Donald Trump semasa pertemuan mereka kali pertama di Singapura pada Jun 2018. foto Reuters

LONDON – Presiden Donald Trump masih mempunyai keyakinan terhadap pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Beliau menyifatkan Kim sebagai individu ‘yang suka membedil roket.

“Sebab itu saya panggilnya ‘rocket man’,” katanya kepada wartawan semasa pertemuan dengan pemimpin-pemimpin NATO di London.

Trump berharap Kim akan menghapuskan program nuklear.

Korea Utara melepaskan dua peluru berpandu jarak pendek di laut pantai timurnya minggu lalu selepas melakukan ujian pelancar pelbagai rokoet besar sebelum itu.

Tindakan Pyongyang itu dilihat sebagai isyarat mengingatkan Amerika Syarikat bahawa tarikh akhir rundingan untuk Washington menunjukkan fleksibiliti dalam perbincangan  penghapusan nuklear telah ditetapkan oleh Kim hujung tahun ini.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dijangka secara tertutup pada Rabu – atas permintaan Perancis, Britain dan Jerman – untuk membincangkan pelancaran peluru berpandu terbaru oleh Pyongyang, kata diplomat.

Majlis Keselamatan yang dianggotai oleh 15 negara telah melarang penggunaan peluru berpandu balistik Korea Utara pada tahun 2006.

Korea Utara pada Selasa lalu mendakwa Amerika Syarikat cuba mengheret rundingan penghapusan nuklear menjelang pemilihan presiden tahun depan.

Trump berkata, beliau juga mendesak rundingan dengan sekutunya, Korea Selatan dan Jepun untuk menanggung lebih banyak kos untuk menempatkan tentera Amerika Syarikat di negara-negara tersebut.

Beliau berkata, tahun lalu Korea Selatan bersetuju untuk membayar hampir AS$ 500 juta setahun untuk perlindungan “Amerika Syarikat”, dan menambah Amerika Syarikat kini mahukan komitmen tambahan. – MalaysiaGazette