🎥 HIBURAN MGTV | “Nassier Wahab Sempat Mohon Maaf” Tak Sangka Dia Pergi – Isteri Allahyarham

KLANG – Penyanyi popular era 80-an, Datuk Nassier Wahab sempat memohon maaf kepada isterinya, Datin Fatimah Abd. Raof sebelum dimasukkan kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Kuala Lumpur kelmarin.

Fatimah, 56, memberitahu, permohonan itu dibuat sebelum Nassier, 57, ditahan di hospital selepas berada dalam keadaan pucat dan mempunyai tekanan darah rendah.

Pensyarah sebuah universiti awam ity berkata, sebelum itu allahyarham telah menjalani pemeriksaan rutin di klinik sebelum dirujuk ke PPUM.

“Kelmarin abang Nassier ada minta maaf sebelum dimasukkan ke hospital. Saya tidak sangka dia akan pergi.