TERKINI : AZMIN Sahkan “Tiada Perjumpaan Lain Selain Kongres di Melaka”

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan tidak akan ada perjumpaan mahupun pertemuan lain selain daripada Kongres Nasional PKR yang diadakan di Melaka, kini.

“Tidak ada perjumpaan selain kongres di Melaka,” katanya ringkas dalam sidang media selepas merasmikan Kongres Wanita dan AMK di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), sebentar tadi.