Ramai berpendapat terlalu awal untuk Lampard mendukung tanggungjawab mengembalikan legasi Chelsea memandangkan belum cukup pengalaman kejurulatihan

LONDON – Chelsea mendakwa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengambil sikap pilih kasih dalam penggantungan membeli pemain baharu Januari ini.

Pengurusnya, Frank Lampard menuduh FIFA melayan the Blues lebih kasar berbanding Manchester City walaupun penggantungan merekrut pemain sudah diringankan menerusi rayuan.

Dengan keputusan itu Chelsea boleh melabur untuk membawa masuk pemain baharu pada Januari 2020.

Bagaimanapun, Lampard menegaskan FIFA bersikap pilih kasih dengan Man City apabila kelab kaya itu tidak digantung daripada melabur pemain selepas didapati bersalah melanggar peraturan dalam pembelian pemain baharu.

“FIFA memilih untuk melayan Chelsea dengan cara lain berbanding Man City atas alasan tidak masuk akal.

“Kami tidak puas hati cara dan pendekatan yang diambil FIFA dalam isu ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Chelsea dituduh membeli 27 pemain berusia bawah 18 tahun.

‘Chelsea hormati langkah diambil FIFA dalam menangani isu ini dan kami bekerjasama dengan mereka sepanjang siasatan.

“Bagaimanapun, sekiranya FIFA terus mengenakan sekatan dan hukuman yang tidak konsisten ke atas kelab, maka ia bukan sekadar merendahkan peraturan sedia ada tetapi juga keyakinan perlawanan akan dipersoalkan,” tegasnya lagi.- MalaysiaGazette