Anifah Aman

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anifah Aman akan memfailkan permohonannya untuk semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember yang menolak rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya.

Permohonan semakan itu adalah di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan.

Pengesahan tindakan oleh bekas Menteri Luar itu dibuat oleh peguamnya, Tengku Fuad yang menggantikan Ansari Abdullah.

Dalam permohonan untuk semakan, Anifah mempertahankan bahawa korum Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuannya dicemari dengan kecenderungan dan/atau risiko berat sebelah.

Bias sebenar atau risiko itu, menurut Tengku Fuad, menyebabkan pendengaran 2 Disember lalu digugurkan.

Artikel berkaitan: Anifah mahu saman SPR

Keputusan yang langsung tidak ‘mengejutkan’ kata Anifah Aman  

Kemenangan Anifah terbatal, PRK di Kimanis

Mahkamah putuskan kemenangan Anifah Aman di Parlimen Kimanis tidak sah dan terbatal

Tengku Fuad berkata, ini kerana empat dari lima hakim yang mendengar rayuan Anifah juga telah mempengerusikan dan mendengar rayuan Karim Bujang terdahulu kepada Mahkamah Persekutuan mengenai Petisyen Pilihan Raya yang sama.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Karim terhadap pemilihan Petisyen Pilihan Raya dan memerintahkan perbicaraan penuh di Mahkamah Pilihan Raya.

Undang-undang, fakta dan hujah pada kedua-dua rayuan Kimanis di Mahkamah Persekutuan adalah sama atau sangat serupa.

Lantaran itu, untuk mengelakkan kecenderungan sebenar atau risiko bias sebenar, korum baharu hakim sepatutnya mendengar rayuan Anifah.

“Saya hanya diarahkan untuk memfailkan permohonan Peraturan 137 untuk semakan keputusan Mahkamah Persekutuan.

“Setakat yang saya tahu saya tidak diarahkan untuk menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya, “kata Tengku Fuad.

Anifah dijangka memfailkan semakan permohonannya dalam tempoh seminggu. – MalaysiaGazette