KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) telah menyelesaikan penjualan saham-sahamnya dalam MISC Bhd., Petronas Dagangan Bhd dan Petronas Gas Berhad.

Kepentingan-kepentingan itu dijual kepada dana-dana institusi.

Katanya, urus niaga yang dijalankan itu sebagai sebahagian daripada strategi pengurusan portofolionya.

Bagaimanapun, Petronas masih mengekalkan pegangannya dalam ketiga-tiga syarikat itu, yang akan terus menjadi anak syarikatnya.

“Kami tetap komited kepada syarikat-syarikat ini yang merupakan entiti penting dalam rantaian nilai perniagaan bersepadu Petronas,” katanya dalam satu kenyataan.

Petronas berkata, penjualan saham itu membolehkan lebih banyak penyertaan dan pemilikan tempatan dalam syarikat-syarikat berkenaan.

Meskipun tidak mendedahkan penjualan itu, Bloomberg mendedahkan Petronas meraih kira-kira RM6 bilion daripada pengurangan kepentingannya dalam entiti-entiti tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast