Bangunan Tabung Haji. foto HAZROL ZAINAL, 11 DISEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan peralihan kepada kontrak simpanan berkonsepkan Wakalah menggantikan Wadiah Yad Dhamanah berkuatkuasa 31 Disember ini.

Kontak simpanan baharu ini akan memberi lebih nilai tambah dan manfaat kepada pendeposit tanpa
menjejaskan apa-apa kemudahan dan manfaat akaun sedia ada.

TH dalam kenyataannya berkata, menerusi kontrak baharu ini, TH adalah wakil untuk menguruskan dana pendeposit bagi tujuan aktiviti pelaburan dan operasi haji, yang mana keuntungan yang dijana pada setiap tahun akan diagihkan kepada pendeposit berdasarkan prestasi kewangannya.

Menurutnya, TH sentiasa berusaha untuk menambahbaik perkhidmatannya dengan melaksanakan pembaharuan dan penstrukturan untuk manfaat pendeposit.

“Antara kelebihan menyimpan di TH adalah simpanan dijamin 100 peratus oleh kerajaan selaras dengan Akta Tabung Haji 1995, selain zakat telah dibayar bagi pihak pendeposit.

“Pendeposit tidak perlu mengisi apa-apa dokumen baharu dan boleh berurusan seperti biasa di mana-mana pejabat cawangan TH di seluruh negara,” kata kenyataan tersebut,

TH menambah dengan mengekalkan deposit bersama TH selepas 31 Disember 2019, pendeposit dianggap telah memberi persetujuan terhadap peralihan kepada kontrak simpanan berkonsepkan Wakalah ini.

Terma dan syarat akaun TH boleh dirujuk di pautan www.tabunghaji.gov.my/wakalah. – MalaysiaGazette