Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – PETRONAS mengambil langkah bagi memastikan kesinambungan bekalan gas kepada pelanggan di Malaysia susulan penutupan sementara Saluran Paip Eksport Songkhla.

Saluran paip itu dikendalikan oleh Trans Thai-Malaysia (Thailand) Ltd (TTM), sebuah usaha sama antara PTT dan PETRONAS, dan ditutup selepas satu isu dikenal pasti ketika pemeriksaan rutin.

“PETRONAS menyedari kesan yang mungkin berlaku terhadap bekalan gas kepada pelanggan di Malaysia dan Thailand, dan langkah proaktif sedang diambil bagi memastikan kesinambungan bekalan kepada pelanggan di Malaysia.

“Rangkaian bekalan bersepadu PETRONAS memberikan fleksibiliti untuk mengekalkan bekalan, dan syarikat bekerjasama rapat dengan rakan kongsi serta pelanggan bagi memastikan kestabilan sistem,” kata dalam satu kenyataan, hari ini.

Syarikat minyak dan gas itu menambah, penutupan tersebut merupakan langkah berjaga-jaga bagi melindungi integriti saluran paip serta memastikan operasi dijalankan dengan selamat.

Saluran paip berkenaan hanya akan kembali beroperasi selepas disahkan selamat untuk digunakan.

“PETRONAS kekal memberi tumpuan untuk mengekalkan piawaian keselamatan dan integriti operasi tertinggi, sambil memastikan kebolehpercayaan bekalan kepada pelanggan domestik bagi menyokong keselamatan tenaga Malaysia,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here