Donald Trump. foto AP

SEOUL – Donald Trump perlu berhenti menggunakan perkataan kasar yang mungkin menyinggung perasaan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Naib Pengerusi Parti Pekerja Korea, Ri Su Yong berkata, Trump harus berfikir dua kali jika beliau tidak mahu melihat “akibat bencana yang lebih besar”.

Tambahnya, Korea Utara akan membuat penilaian menjelang akhir tahun ini berhubung rundingan antara kedua-dua negara bagi menghapuskan senjata nuklear di Semenanjung Korea.

Sebelum ini, Korea Utara telah memberi amaran bahawa Kim boleh mengubah pandangannya terhadap Trump jika Presiden Amerika Syarikat itu berterusan mengeluarkan kenyataan yang “tidak sesuai dan berbahaya”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast