Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR – Akibat salah faham, Datuk Seri Najib Razak meninggalkan Mahkamah Tinggi petang tadi walaupun prosiding belum ditamatkan.

Bekas Perdana Menteri yang juga tertuduh kes SRC International Sdn Bhd menyangka arahan mahkamah menyuruh prosiding berehat beberapa minit itu ditangguhkan ke hari lain.

Sebenarnya, tujuan mahkamah ditangguhkan untuk memberi ruang pasukan pendakwaan mengadakan perbincangan selepas Peguam Negara, Tan Sri Thommy Tommas selesai menyoal balas Najib.

Kata peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Najib tidak boleh kembali ke mahkamah semula kerana sudah ‘terperangkap’ dalam kesesakan lalu lintas di Jalan Tun Razak.

“Dengan persetujuan Yang Arif, Najib akan hadir pada jam 9 pagi (selepas mahkamah menyambung perbicaraan pada Rabu depan),” katanya.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menerima penjelasan itu namun memberi peringatan agar perkara yang sama tidak berulang.

Terdahulu, Thommy sekitar pukul 4 petang tadi meminta prosiding berehat beberapa minit agar dapat berbincang tentang pemeriksaan seterusnya dengan rakan pasukan pendakwaannya yang lain.

Namun setelah prosiding disambung semula sebelum 5 petang tadi, Najib tiada di kandang saksi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.