Gambar hiasan

GABORONE – Botswana membatalkan lesen dua pemburu profesional kerana menembak mati seekor gajah yang dijadikan bahan penyelidikan.

Michael Lee Potter dan Kevin Sharp secara sukarela menyerahkan lesen memburu mereka, kata kenyataan kerajaan.

Botswana telah melarang aktiviti memburu gajah pada bulan Mei, susulan peningkatan konflik antara manusia dan haiwan.

Bagaimanapun gajah, yang ditembak bulan lalu, telah dilepaskan – menjadikannya status perlindungan sebagai gajah penyelidikan.

Bilangan gajah di Botswana dianggarkan kira-kira 130,000.

Kerajaan Botswana dalam satu kenyataan berkata: “Tempoh penyerahan lesen Potter adalah tidak terbatas manakala lesen Sharp akan digantung selama tiga tahun berkuatkuasa serta-merta’.

Kenyataan itu juga tidak menyatakan maklumat kewarganegaraan kedua-dua lelaki tersebut.

Kedua-dua lelaki itu juga telah diperintahkan mengganti kolar gajah yang dimusnahkan, kata kerajaan.

Tidak jelas sejauh mana kerosakan bagaimana kolar gajah itu rosak.

Dua pemburu itu mendakwa mereka tidak nampak kolar gajah kerana gajah itu berada pada kedudukan penuh.

“Namun apabila haiwan itu rebah, mereka menyedari ia mempunyai kolar penyelidikan,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, agensi berita Reuters melaporkan kedua-dua lelaki telah memusnahkan kolar itu dalam usaha untuk menyembunyikan bukti.

Jun lalu Presiden Mokgweetsi Masisi menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji semula larangan memburu yang dikenakan pada tahun 2014.

Pada bulan Februari, jawatankuasa itu mengesyorkan supaya aktiviti memburu dibenarkan kerana peningkatan konflik manusia dan hidupan liar.

Gajah boleh menjadi sangat bahaya apabila ia mula menceroboh tanah pertanian dan bergerak ke kampung-kampung – memusnahkan tanaman dan kadang-kadang membunuh orang.

Kebanyakan gajah di negara ini tinggal di rantau utara negara ini, menjelajah seluruh sempadan Namibia, Zambia dan Zimbabwe.

Terdapat kira-kira 415,000 gajah di Afrika, menurut Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN), dengan populasi yang telah musnah sebahagian besarnya disebabkan oleh pemburuan gading. – MalaysiaGazette