Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR – “Nak siasat, siasatlah”

Itu kata bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ekoran siasatan lembaga disiplin parti terhadapnya.

Apa pun, kata Ahli Parlimen Sembrong itu, beliau tetap konsisten dan tidak menyembunyikan apa-apa.

Sebelum itu, Hishammuddin sudah menafikan yang beliau ‘mengetuai’ rombongan ahli parlimen Barisan Nasional bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini.

Beliau juga menasihati supaya jangan ada pihak mengeruhkan keadaan dengan menimbulkan spekulasi selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri mengesahkan semua ahli parlimen tetap setia kepada parti semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

“Sekarang ialah masa untuk kita bulatkan tekad, rapatkan barisan dan melangkah ke depan demi menyantuni rakyat di luar sana agar mereka kembali yakin terhadap UMNO dan Barisan Nasional,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Hishammuddin diberi surat tunjuk sebab

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast