NEW YORK – China dan Rusia mencadangkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menarik semula sekatan ke atas Korea Utara untuk mengeksport patung, makanan laut dan tekstil.

Rusia berkata, langkah itu bertujuan untuk menggalakkan perbincangan antara Washington dan Pyongyang.

Draf itu juga mencadangkan supaya larangan ditarik balik ke atas warga Korea Utara yang bekerja di luar negara dan penamatan syarat 2017 yang akan menyebabkan semua pekerja negara tersebut akan dihantar pulang minggu depan.

Draf itu juga turut mencadangkan pengecualian sekatan PBB untuk projek keretapi dan jalan raya antara Korea.

Ia tidak segera jelas apabila atau jika resolusi draf itu boleh diundi dalam Majlis Keselamatan 15 anggota.

Resolusi memerlukan sembilan undi yang memihak dan tiada veto oleh Amerika Syarikat, Perancis, Britain, Rusia atau China.

“Kami tidak tergesa-gesa,” kata Duta Rusia di PBB, Vassily Nebenzia, sambil menambah bahawa rundingan dengan ahli majlis akan bermula pada hari Selasa.

Beliau berkata, penarikan semula sekatan yang dicadangkan oleh China dan Rusia itu “tidak kaitan langsung berkaitan dengan program nuklear Korea Utara, ini adalah isu kemanusiaan.”

Seorang pegawai Jabatan Negara AS berkata, sekarang bukanlah masa untuk Majlis Keselamatan mempertimbangkan penarikan semula sekatan ke atas Korea Utara kerana negara itu “mengancam untuk melakukan provokasi’, enggan bertemu untuk membincangkan tentang usaha menghapuskan senjata nuklear dan terus mempertahan dan memajukan senjata larangan dan program peluru berpandu balistik”.

Cadangan penarikan semula ke atas industri yang dibuat oleh Rusia dan China, meraih ratusan juta dolar Korea Utara, telah dilaksanakan pada 2016 dan 2017 dalam usaha menyekat perbelanjaan untuk program nuklear dan peluru berpandu Pyongyang.

Amerika Syarikat, Britain dan Perancis telah menegaskan bahawa sekatan tidak akan ditarik balik sehingga Korea Utara menghentikan program peluru berpandu nuklear dan balistik.

Pyongyang telah tertakluk kepada sekatan PBB kerana program tersebut sejak tahun 2006. – MalaysiaGazette