Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ismail Bakar (tengah) diiringi Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda (tiga kiri) membaca Buku Buku Kaji Selidik Keperluan Perumahan Anggota selepas melancarkannya pada Majlis Perasmian Sempena Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 17 DISEMBER 2019

SHAH ALAM – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ismail Bakar tidak tahu menahu spekulasi mengatakan sekurang-kurang lima ketua setiausaha (KSU) kementerian akan dipindahkan sehingga akhir bulan ini.

Beliau tidak mendengar berita itu dan menyifatkannya sebagai spekulasi.

“Yang berita hari ini? (laporan media kononnya lima KSU dipindahkan).. itu (khabar angin) tidak betul. Itu semua persepsi orang ramai,” katanya ringkas ketika ditanya berhubung laporan itu.

Ismail berkata demikian menjawab pertanyaan media selepas merasmikan Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs ke-28 di Shah Alam Convention Centre hari ini.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ismail berkata, sejak diperkenalkan skim gaji baru tahun 2002 sehingga kini, kerajaan telah banyak menunaikan janji kepada penjawat awam terutama berkaitan dengan skim gaji.

Namun, katanya, kerajaan sentiasa menambahbaik apa sahaja skim dan kemudahan untuk penjawat awam agar mereka tidak mengalami tekanan ketika berkhidmat.

“Janganlah sentiasa persoalkan dasar kerajaan. Kita sebagai golongan pelaksana mesti meneruskan tanggungjawab kita sebagai penjawat awam.

“Kita perlu menjaga antara satu sama lain. Jangan ada tuduh menuduh, jangan ada cubaan sabotaj dan sebagainya kerana itu akan menjejaskan peranan kita sebagai golongan pelaksana,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ismail mengingatkan penjawat awam yang mereka berpegang pada sumpah keramat untuk patuh kepada kerajaan dalam keadaan apa sekalipun dan pihak mana yang memerintah.

“Jangan wujudkan keadaan yang boleh mengerukan pentadbiran kerajaan. Kita kena setia kepada kerajaan tidak kira kerajaan itu dari parti mana,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast