KUALA LUMPUR – Tidak ada sebab kenapa tulisan Jawi tidak boleh diperkenalkan di sekolah vernakular, walhal garis panduan pelajaran itu sudah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.
Justeru, pertubuhan rasis sempit Dong Jiao Zong diingatkan jangan sekali-kali bersikap kurang ajar dan membuat penghinaan terhadap orang Melayu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, persidangan protes tulisan Jawi yang bakal dianjurkan pertubuhan rasis itu sangat memalukan, selain menghina seni tulisan dan budaya orang Melayu serta Malaysia secara terbuka.
“Kenapa kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih lagi berpeluk tubuh, sedangkan pertubuhan Dong Jiao Zong layak diharamkan?
“Masih layakkah PH mengemudi kerajaan, setelah perpaduan di negara ini semakin hari semakin diuji.
“Tidakkah tindakan boleh diambil terhadap Dong Jiao Zong di atas perbuatan mereka yang boleh menimbulkan sakit hati antara rakyat?,” katanya yang dipetik menerusi status Facebooknya.
Ismail Sabri menjelaskan, beliau bimbang jika ada tindak balas dari kalangan orang Melayu berhubung perbuatan pertubuhan rasis itu.
Beliau berharap, polis menghentikan persidangan membantah tulisan Jawi oleh Dong Ziao Zong pada 28 Disember ini bagi memastikan keamanan negara dapat dikekalkan. – MalaysiaGazette

















Hidup ni tak la susah mana.. Tp..diri sendiri yg cari susah…ingat jk pertubuhan ini tlh diharamkan secara jelas mrk di larang melakukan sebarang aktiviti termasuk perhimpunan.