Gambar hiasan

RIYADH – Pihak berkuasa Arab Saudi memperkenalkan sistem penyeragaman pembayaran daging korban sepanjang ibadah haji terhadap jemaah dari seluruh dunia mulai tahun depan.

Sistem baahru itu mewajibkan jemaah untuk membayar kos daging korban bersamaan dengan perbelanjaan haji melalui platform online e-Hajj.

Sebelum itu, jemaah haji membayar daging korban secara peribadi.

Justeru, negara-negara yang ikut program haji harus memasukkan biaya itu ke komponen tarif haji dan harus dibayar bersamaan dengan kos haji lainnya, menurut kenyataan Arab Saudi.

Menurut kenyataan itu, kos daging korban itu dikenakan sesuai standard yang akan disepakati bersama melibatkan beberapa pihak.

Tujuan standardisasi itu untuk memastikan bahwa semua jemaah di seluruh dunia membayar dengan jumlah yang sama.

Ia dicadangkan oleh beberapa sektor operasional haji 2020 semasa mesyuarat di Jeddah pada 15 Disember lalu.

Selain itu, Kementerian Haji dan Umrah serta Bank Pembangunan Islam Arab Saudi akan bekerja sama dan menyepakati harga  haiwan korban.

Semua haiwan korban harus bersumber dari peternakan yang benar-benar mempraktikkan langkah-langkah menghindari wabah penyakit kepada ternakannya.

Saudi akan memilih pihak ketiga sebagai penyedia layanan korban dan ia ditugaskan akan memberikan laporan komprehensif kepada pemerintah pada akhir tahun.

Pihaknya juga memberi jaminan akan memastikan pihak ketiga itu amanah dalam melayani jemaah serta harus menerima sebarang aduan termasuk mengembalikan wang sekiranya perlu.- MalaysiaGazette