Recep Tayyip Erdogan

KUALA LUMPUR – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan ketika memberikan ucapan ‘berapi-api’ olehnya pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 sebentar tadi mendapat tepukan gemuruh para hadirin.

Erdogan kedengaran begitu lantang apabila mempersoalkan nasib 1.7 bilion umat Islam walaupun pada hakikatnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri sudah yang dianggotai lima negara anggota tetap.

Malah Erdogan juga senada dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dalam ‘secara halus’ walaupun tidak menyebut secara terang dan terbuka beliau mempersoalkan peranan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bertindak sebagai suara kolektif masyarakat Islam sedunia selama ini.

Kata pemimpin utama Turki itu, PBB yang sepatutnya mencari penyelesaian khasnya negara-negara bergolak dan berkrisis sehingga kini tidak berupaya melakukan apa-apa.

“PBB tidak dapat mewakili 1.7 umat Islam kita, pada saya mereka sebenarnya sudah tidak lagi relevan. Pertubuhan yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua ini sebenarnya diberi tanggungjawab penting, bukan sahaja selesai isu sebaliknya tegakkan keadilan.

“Apa jadi sehingga sekarang? Mereka sudah tidak lagi relevan lagi pada saya,” katanya ketika berucap di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di sini sebentar tadi.

Sebelum ini, Tun Mahathir pernah melahirkan rasa kecewa dengan OIC yang lebih banyak ‘bunyi’ daripada sebarang tindakan pelaksanaan selain memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada masalah berkait dengan Islam sejak kebelakangan ini.

Erdogan bagaimanapun dalam nada tegas menggesa OIC supaya memainkan peranan lebih efektif dalam bersuara bagi umat Islam pada masa hadapan kerana itulah matlamat utama ianya ditubuhkan.

Sebahagian delegasi dan peserta KL Summit 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 19 DISEMBER 2019

Apa yang sedang dilalui oleh masyarakat Islam seluruh dunia terutamanya yang menderita sehingga kadang kala mereka mengambil jalan mudah untuk keluar daripadanya daripada cuba menyelesaian permasalahan itu.

“Sebut sahaja semua bidang serta aspek seperti perdagangan hingga ke politik serta dasar luar hingga industri dan teknologi, negara Islam gagal mencapai potensi sebenar, malah bahagian kek ekonomi negara Islam secara global tidak sampai pun 10 peratus.

“Malah statistik antara negara Islam kaya dengan yang termiskin sebenarnya menjangkau lebih 200 kali ganda. Walhal kita juga yang menguasai sumber minyak, gas asli global sehingga mencecah 59 dan 58 peratus.

“Tetapi pada masa sama, kita (orang Islam) masih lagi berjuang dan serta kemiskinan terus menghantui kita. Hampir 350 juta bergelut dengan kemiskinan tegar ini.

Malah saya juga ingin tekankan kita membuat apa-apa tentang mengenai isu Palestin, kita masih tidak dapat menghentikan eksploitasi sumber-sumber kita.

“Kita juga masih tidak dapat langsung menjerit berhenti kepada perpecahan antara kita sendiri kerana konflik mazhab, apa yang sedang kita lakukan untuk semua ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, Erdogan juga mendedahkan bagaimana Tukri sedaya upaya tidak berkompromi dengan sebarang permasalahan dihadapi oleh umat Islam seluruh dunia dan sedaya upaya untuk melakukan sesuatu pada setiap masa.

“Kami banyak menerima kritikan, kononnya kami ini pengganas. Ada pihak cuba pesongkan usaha-usaha kami tetapi kita tidak pernah sesekali tunduk walau sekalipun. Lebih banyak serangan lebih banyak permasalahan kami selesaikan.

“Banyak usaha telah kita laksanakan bagi tentang Daesh di Syria. Kita lawan balik. Pada kami, semua yang beragama Islam adalah saudara kita. Sepatutnya kita tidak biarkan mana-mana pihak memecah belahkan kita.

“Sepatutnya kita bersatu padu dan tidak sesekali pandang ke belakang, sokong antara satu sama lain. Usaha yang dilakukan melalui persidangan ini sangat diharapkan kita mendapat keputusan paling cemerlang dan baik untuk umat Islam,” jelasnya. –MalaysiaGazette