Lima orang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori dekat Bukit Beruntung awal pagi tadi.-pix ihsan FB Info Laluan Anda.

KUALA LUMPUR – Lima orang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori dekat Bukit Beruntung awal pagi tadi.

Difahamkan, kemalangan itu melibatkan kereta Myvi dan lori muatan buah di Kilometer 427. 5, Lebuhraya Plus arah selatan dari Bukit Tagar ke Bukit Beruntung pada jam 5 pagi tadi.

Lori berkenaan dilanggar dari arah belakang oleh Myvi tersebut di lorong kiri lebuh raya.

Pemandu kereta terbabit, Mohamad Rodzi Abdul Kadir, 52, serta empat penumpang kenderaan itu iaitu Jamilah Jalim @Jamil, 47, Bashirah Jalim@Jamil, 49, Nur Intan Mohamad Rodzi, 18 dan Nur Shifa Abdul Rashid, 17, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast