Annuar Musa.

KUALA LUMPUR – Kenyataan Datuk Saifuddin Abdullah yang berunsur memperlekeh kedudukan dan status Arab Saudi sebagai pusat Islam menerima kecaman pelbagai pihak termasuk netizen.

Kenyataan Menteri Luar itu turut mendapat reaksi serius daripada Setiausaha Agung UMNO yang juga Ahli Parlimen Ketereh.

Tan Sri Annuar Musa menyatakan kekesalan mengenai kenyataan Setiausaha Agung Pakatan Harapan itu yang seolah-olah mempersoalkan status Arab Saudi sebagai hub dunia Islam.

Dalam ciapan Twitter peribadinya, Annuar Musa berkata, kenyataan Saifuddin itu bersifat provokatif yang boleh menjejaskan hubungan dua hala Malaysia dan Arab Saudi yang terjalin secara bersejarah kian berdekad lama.

“Sebagai Menteri Luar, kenyataan seperti ini sangat provokatif dan boleh merosakkan hubungan diplomatik antara negara,” kata dalam ciapan Twitter beliau malam tadi.

Terdahulu Saifuddin dalam status Twitter rasminya telah berkongsi kenyataan ringkas beliau dalam versi bahasa Inggeris.

Status yang berbaur mempersoalkan negara Arab Saudi berbunyi:” Which verse of d Quran says Saudi Arabia is d ‘centre’ of Islamic world?(versi mana dalam Quran menyebut Arab Saudi merupakan ‘pusat’ dunia Islam?

Ia dikemukakan kepada status Menteri Luar Arab Saudi, Sultan Alajmi Sultan Muhammed yang menyatakan pendapatnya mengenai Sidang Kemuncak KL yang baru melabuh tirai Sabtu 21 Disember 2019.

Status Saifuddin itu menerima tindak balas daripada seorang pengguna akun twitter bernama Mohamad Sauffi Hamzah yang menyatakan dalam bahasa Inggeris bahawa, This Remark by the Foreign Minister is very uncalled for. Very Provocative not ony to Saudi Arabia but Islamic world in the whole, atau dalam bahasa Melayu bermakna “kenyataan begitu daripada menteri luar sangat provokatif bukan sahaja untuk Arab Saudi tetapi juga untuk dunia Islam secara keseluruhannya.

Ciapan Sultan Alajmi dalam twitter rasminya bernama Sultan Alajmi@Sultan_1_01 juga menegur sebenarnya usaha cuba memecahbelahkan ummah dengan menganjurkan sidang kemuncak KL seumpama oleh Malaysia sebelum dibalas sebagai tanda sokong oleh pemegang akaun Twitter bernama Sauffi Hamzah.

“I believe you are actually dividing the Ummah by organizing such summit, Saudi Arabia is the centre of Islamic world, Prophet Mohammed Peace be upon him was sent here, Islam starts from here and you are gathering with countries that fund and support terrorism,” demikian ciapan Sultan Alajmi.

Kemudian status Sultan Alajmi yang dikongsi oleh Sauffi dibalas dengan kenyataan sinis Saifuddin dengan soalan meminta menyatakan versi Quran yang menyebut negara Arab itu sebagai Pusat dunia Islam.

Tambah Annuar dalam komennya soalan Saifuddin itu bongkak dan jahil.

“Banyak ayat dalam al-Quran yang boleh ditafsirkan Makkah dan Madinah sebagai Pusat pengembangan Islam sejak Zaman Rasulullah SAW,” katanya sebagai membalas status Mohamad Sauffi yang berkongsi kenyataan Saifuddin dalam twitter.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kasi tahu rakyat peasants, mentali mana dalam PeeH yg tak bongok? Even Tun Daim pun tuduh depa semua tu bongok kan?

  2. Saifuddin Abdullah sama Mat SABU dan ramai dalam kabinet PH sekarang sudah tukar kiblat ke QOM Iran.
    Apa yang dihairankan!!!! Tu pasal kurang ajar sikit.

Comments are closed.