Siti Zailah Mohd Yusoff
Siti Zailah Mohd Yusoff

KUALA LUMPUR – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sisters in Islam (SIS) dinasihatkan agar berhenti menggunakan nama Islam sekiranya badan itu terus mempertikaikan hukum hakam agama.

Ketua Dewan Muslimat Pas Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusoff menegaskan, NGO itu sewajarnya melucutkan nama Islam dalam badan itu selepas menghina hukum menutup aurat dalam Islam.

“Minta Sisters in Islam berhenti guna nama Islam jika agenda mereka terus menghina syariat Islam,” katanya dalam ciapannya di Twitter miliknya hari ini.

Beliau mengulas hantaran NGO itu dalam Twitternya, 5 Disember lalu, antara lain berkongsi satu poster bertajuk ‘berhenti mengawal pakaian wanita’.

Sisters In Islam
Sisters In Islam menghina hukum menutup aurat mengikut Islam.

Dalam poster itu yang menggunakan gambar skirt pendek menjelaskan bahawa kawalan terhadap pakaian wanita membayangkan wanita itu cacat daripada segi mental, fizikal dan keroharian serta berbahaya kepada moral masyarakat. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. sister mana ada unsur islam nya. sama dengan umno lah juga. unsur orang putih ada lah. lebih baik dikaitkan dengan kristian saja kan elok.

Comments are closed.