Ashraf Mustaqim Badrul Munir

KUALA LUMPUR – Exco Armada Nasional, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata beliau tidak menyatakan agar umat Islam hari ini memboikot melakukan fardu haji di Mekah, malah berkata hanya mengutarakan pandangan beberapa pihak tentang perkara itu.

Mohd Ashraf menjelaskan kenyataannya di Facebook ketika itu adalah menjawab persoalan sinis daripada pengguna laman media sosial itu yang berang apabila Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mempertikaikan kenyataan Arab Saudi adalah pusat kepada agama Islam.

“Isu boikot haji bukan bererti saya menolak rukun Islam, tapi apa yang saya sentuh berkenaan isu boikot haji sebenarnya adalah satu perkara yang dibangkitkan oleh seorang individu di Facebook yang beri komentar berkenaan respon Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

“Saya secara berseloroh kerana dia memerlu isu di mana dengan mengaku bahawa Arab Saudi adalah pusat kepada Islam. Kita boleh terima Mekah adalah pusat kepada Islam tapi bukannya Arab Saudi,” katanya kepada MalaysiaGazette menerangkan keadaan sebenar.

Komen Mohd Ashraf pada satu tweet Sultan Alajmi berbunyi “Aku rasa muslim world patut boikot haji satu kali” itu mendapat kecaman daripada netizen.

“Fatwa yang dikeluarkan oleh Yusoff Qadrawi, Iman Libya, Imam Tunisia, yang merupakan mufti sunnah bukan Syiah.

“Saya mengambil pandangan orang, ia bukan pandangan terhadap rukun Islam, bukan tolak rukun Islam malah bukan menghalang umat Islam nak tunaikan haji. Tak mungkin saya nak buat begitu,” katanya.

Beliau membuat komen sedemikian menjawab kelantangan Sultan Alajmi berhubung respon Saifuddin.

Sultan Alajmi menulis “I believe you are actually dividing the Ummah by organizing such summit, Saudi Arabia is the center of Islamic world, Prophet Mohammed Peace be upon him was sent here, Islam start from here and you are gathering with countries that fund and support terrorism.

Ciapan itu dibuat memberikan respon kepada tulisan Saifuddin yang bertanyakan ayat mana dalam Al-Quran yang mendakwa Arab Saudi adalah pusat kepada Islam.

“Which verse of d Quran says Saudi Arabia is d ‘centre’ of Islamic world?,” tanya Saifuddin.

Dalam pada itu, Mohd Ashraf berkata, sikap Arab Saudi yang mendakwa Mekah dan Madinah adalah hak ekslusif mereka juga adalah salah.

Katanya, kerajaan Arab Saudi memperoleh hampir RM20 bilion bagi penguursan haji sebelum ini namun nasib umat Islam di negara-negara lain terus tidak dibela malah makin tertindas.

“Nasib umat Islam hari ini sudah hancur kerana tidak dapat pembelaan, apatah lagi pihak kerajaan Arab Saudi menganggap dua kota suci Islam itu adalah hak milik mereka.

“Mereka hanya diamanahkan untuk menjaga dua kota suci ini tapi hari ini mengambil keuntungan dan akhirnya melakukan pembantaian kepada dunia-dunia Islam sebagai contoh Yaman sampai 300,000 umat Islam terbunuh.

“Di Syria, apa yang mereka buat, yang terjadi kepada Palestin di mana suara Arab Saudi. Apa yang mereka lakukan sampai bersekongkol dengan zionis dan Amerika Syarikat,” katanya. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Wak lu arab saudi tu pusat agama Islam. Makkah dan Madinah tu dulu di bawah pemerintahan Rasulullah. Then bertukar kpd Khalifah2. Sampai la zionist pergunakan orang2 arab utk pisahkan 2 kota suci ni kpd arab saudi. Then sampai skrg arab saudi diperkudakan utk membantai orang Islam.

Comments are closed.