Hayden Marshall-Inman

WELLINGTON – Polis New Zealand menghentikan pencarian dua mayat yang masih hilang di kawasan letusan gunung berapi di Pulau Putih.

Letusan gunung berapo pada 9 Disember lalu mengorbankan 19 orang termasuk dua lagi mangsa yang masih hilang.

Dua individu yang masih hilang itu ialah Winona Jane Langford, 17, dan Hayden Bryan Marshall-Inman, 40, dipercayai berada di perairan pulau itu.

Polis berkata, keputusan yang dibuat itu berdasarkan “kedudukan perairan yang luas dan pencarian udara yang besar”.

Menurut polis, walaupun operasi mencari dan menyelamat dijalankan tetapi “tiada perkara lain yang wujud”.

“Keluarga kedua-dua orang hilang telah dimaklumkan mengenai keputusan ini,” kata Penguasa Andy McGregor.

Bagaimanapun, katanya, polis masih bersedia untuk bertindak balas jika terdapat maklumat baru

Terdapat 47 orang di pulau ini semasa kejadian termasuk 24 rakyat Australia, sembilan dari Amerika Syarikat, lima dari New Zealand, empat dari Jerman, dua dari China, dua dari UK, dan satu dari Malaysia.

Minggu lepas, polis mengeluarkan nama 17 mangsa yang maut – semuanya dari Australia, New Zealand, atau Amerika Syarikat.

Marshall-Inman, seorang pemandu pelancong dan Langford, yang berada di pulau itu dengan keluarganya, dipercayai telah meninggal dunia.

Kejadian letusan itu membunuh kedua-dua ibu bapa Langford tetapi abangnya, Jesse selamat. – MalaysiaGazette