KUALA LUMPUR – Isu pertemuan beberapa Ahli Parlimen dari UMNO dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini, sudah selesai.
Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi setelah mendengar penjelasan dari pihak terlibat, iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dikaitkan sebagai pihak bertanggungjawab mengatur pertemuan sulit itu.
Berikutan itu, tegas Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Wangsa Maju, Mohd Rafi Awang Kechik, soal untuk menghadapkan Ahli Parlimen Sembrong itu ke Lembaga Disiplin parti tidak lagi berbangkit.
“Dalam ucapan Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) awal bulan ini, bahawa parti menerima penjelasan mengenai pertemuan Ahli Parlimen UMNO dengan Mohamed Azmin.
“Presiden menjelaskan isu itu telah selesai apabila pihak yang terlibat telah menjelaskan kedudukan sebenar hasil dari pertemuan tersebut,” katanya diminta mengulas mengenai peletakan jawatan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkuatkuasa serta merta.
Apandi yang merupakan bekas Peguam Negara membuat pengumuman itu semalam, berikutan langkah pucuk pimpinan parti membatalkan sesi perjumpaan antara Lembaga Displin dengan Hishammuddin.
Astro Awani melaporkan, maklumat yang diterima menerusi sistem pesanan daripada Apandi itu adalah pembatalan terhadap perkara berkenaan adalah sesuatu yang tidak bertepatan dengan Perlembagaan parti.
Manakala Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dalam reaksinya, menafikan khabar angin Mohamed Apandi telah meletakkan jawatan serta merta.
Annuar dalam ciapan di laman Twitter berkata, semakan mendapati tiada sebarang surat peletakan jawatan dan Mohamed Apandi kini berada di luar negara.
Menurut Mohd Rafi, surat laporan atau aduan salah laku mengenai Hishammuddin oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam tidak berkaitan dengan 17 Ahli Parlimen berkenaan.
Beliau percaya, tidak ada arahan menghentikan atau campur tangan mana-mana pihak dari pucuk pimpinan parti supaya siasatan terhadap bekas Naib Presiden UMNO itu dibatal atau ditangguhkan.
Bermakna, katanya, Lembaga Disiplin UMNO bebas menyiasat tanpa tekanan mana-mana pihak dan keputusan siasatan itu diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan parti sebelum dibawa ke mesyuarat MT untuk diputuskan.
“Tidak timbul soal gugurkan kes atau campur tangan. Macam mana pula prosiding hari ini boleh berlaku? Atau ada seseorang yang merancang ketika ketiadaan Mohamed Apandi untuk men cetuskan polemik baru dalam UMNO?
“Tidak mungkin sama sekali orang yang arif seperti Mohamed Apandi akan buat tindakan terburu meletakkan jawatan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Nadi Rakyat Wilayah Persekutuan, Mazlan Abd. Latif mahu Lokman diheret ke Lembaga Disiplin UMNO kerana mencetuskan suasana tidak baik dalam parti.
NGO mesra UMNO itu turut mempersoalkan siapa Lokman Adam, yang dahulunya seorang pemimpin PKR yang berada dalam kem bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamed Azmin.
“Sudah sampai masanya Lokman Adam juga harus diheret ke Lembaga Disiplin UMNO. Dia setaraf dengan Ezam Mohamad Noor yang digunakan oleh Anwar untuk memaki hamun pemimpin UMNO dan kerajaan.
“Malah satu ketika, Lokman Adam ini bertindak membakar bendera UMNO hanya semata-mata hendak menunjukkan dia setia dan berani buat apa saja untuk Anwar.
“Tetapi apabila Anwar dan PKR mula ditolak oleh rakyat, beliau bersama yang lain dalam PKR lompat masuk UMNO demi menjaga periuk nasi sendiri dengan alasan kononnya sudah insaf,” katanya.
Mazlan mengajak ahli UMNO meneliti semula apa jasa Lokman Adam untuk perjuangan UMNO selama ini, selain setakat mengikut belakang Datuk Seri Najib Tun Razak.
Serentak itu, beliau mahu UMNO mengambil tindakan segera ke atas Ahli MT itu dengan memberi amaran, jangan sampai kerana nila setitik, rakyat kembali benci kepada parti. – MalaysiaGazette

















Aduhai betapa rapuhnya perjuangan UMNO. Auww…..kes Hisham seorang pun hampir separuh pemimpin bertelagah.
Begitu juga dgn pemimpin2 yg sedang menghadapi kes mahkamah. Mereka bebas “begerak” memberi arahan itu dan ini.
Sekiranya parti yg berprinsip – mereka yang berkenaan harus “direhatkan” sehingga kes mereka diadili agar parti terus mekar di hati rakyat.
Ini kah yang dikatakan perjuangan yang matang. >60 ditubuhkan pun tidak menjadi bukti kedewasaan utk berfikir dan bertindak……
Klu dah katak sapai mati pun akan melompat…kerana itu sifat nya. Niat nak lompat tinggi2 tp kaki pendek.
Biarlah Lembaga Disiplin yg buat keputusan dan kenyataan. Yg lain2 tu termasuk Presiden jgn lah sibuk duk campur tangan atau nak komen…kalau tak de kes ke biarlah Lembaga yg putuskan..yg lain jgn lah sibuk..bengong betul lah pemimpin2 UMNO ni..dah tak de kuasa pun sibuk nak berebut kuasa..ni yg buat rakyat benci ni..pi lah lawan PH tu mcm Najib..bengong lah korang ni
Lokman itu lah dalang sebenar…. Saje melaga2 kan ahli umno supaya bergolak demi kepentingan peribadi.. Siap lokman kalau nk dibandingkan dengan hishamudin… Fikir2kan la ahli umno yg lain