TOKYO – Polis menjumpai sekurang-kurangnya lima mayat di atas bot kayu di Pulau Sado, wilayah Niigata semalam, kata pegawai Pengawal Pantai Jepun.

Mereka disyaki warga Korea Utara.

Polis menemui dua kepala selain lima mayat di buritan bot kayu kira-kira pukul 9 pagi semalam, kata Pengawal Pantai, Kei Chinen  sambil menambah siasatan mengenalpasti punca kematian sedang dilakukan.

Pegawai tersebut yang tidak dapat mengesahkan kepala yang ditemui milik salah mayat yang ditemui itu atau dua mangsa yang berbeza berkata, siasatan masih lagi dilakukan.

Bot kayu itu memaparkan abjad dan nombor dalam tulisan Korea di luar badannya.

Seorang pegawai polis menemui bot itu pada Jumaat lalu. Polis menunggu sehingga semalam sebelum menaiki bos terbabit berikutan keadaan cuaca tidak baik.

Penemuan semalam merupakan penemuan bot kayu kedua di Pulau Sdo sejak bulan lalu, kata Chinen. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast