Kim Jong Un. foto Reuters

SEOUL – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berkata negaranya akan terus membangunkan program nuklear dan memperkenalkan satu ‘senjata strategik baharu’ pada masa depan, kata media kerajaan, KNCA selepas Amerika Syarikat (AS) terlepas tarikh akhir bertempoh setahun untuk memulakan semula perbincangan peleraian nuklear.

Kim mengadakan mesyuarat  jawatankuasa pengubal dasar Workers’ Party yang berlangsung selama empat hari, sejak Sabtu lalu, ketika Amerika Syarikat (AS) tidak memberi respon terhadap gesaan untuk konsesi bagi mengadakan semula rundingan, menolak tarikh akhir sebagai palsu.

Tiada alasan untuk Korea Utara terikat dengan pengisytiharan sendiri dan moratorium ujian Peluru Berpandu Balistik Rentas Benua (ICBM) dengan lebih lama ketika AS melakukan ‘permintaan seperti gengster’ termasuk latihan ketenteraan bersama diteruskan dengan Korea Selatan, menggunapakai senjata terkini dan melaksanakan sekatan, kata Kim seperti dipertik KCNA.

Beliau berikrar untuk membangunkan peralatan penghalang nuklear namun membuka pintu untuk dialog dengan menyatakan ‘skop dan perincian’ peralatan itu akan ‘diselaras sewajarnya bergantung kepada’ sikap AS, lapor Reuters.

“Dunia akan menyaksikan satu ‘senjata strategik baharu’ untuk dimiliki DPRK (Korea Utara) pada masa depan,” kata Kim.

“Kami akan bergantung kepada peralatan penghalang nuklear yang sungguh kuat yang mampu menghalang ancaman nuklear dari AS dan menjamin keselamatan kami untuk tempoh panjang,”.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo berkata, beliau berharap Korea Utara akan ‘memilih keamanan dan kemakmuran berbanding konflik dan peperangan’.

Sebelum ini, Kim berkata, beliau mungkin memilih ‘laluan baharu’ jika Washington gagal memenuhi harapannya.

Pemerintahah tentera AS berkata, tindakan Pyongyang mungkin meliputi ujian ICBM yang mana ia telah dihentikan pada 2017 di samping ujian kepala peledak. – Agensi