Relatives of prisoners wait to hear news about their family members imprisoned at a police station where a riot broke out, in Valencia, Venezuela, Thursday, March 29, 2018. The attorney general, Tarek William Saab, said last night that 68 people were killed in a fire that took place in the dungeons of the central police headquarters in the central state of Carabobo on Wednesday. Among those killed were two women who were per noting in the facility, Saab said without offering more details. (AP Photo/Ariana Cubillos)

CARACAS – Seramai 10 banduan yang merusuh dalam pergaduhan besar di sebuah penjara di Venezuela maut setelah dipukul beramai-ramai.

Agensi melaporkan, sekurang-kurangnya empat bom tangan diletupkan oleh banduan-banduan terbabit.

Sehingga kini, angka sebenar kematian belum lagi dikeluarkan oleh pihak berkuasa namun angka tidak rasmi adalah 10 orang.

Banduan memulakan kebakaran di salah satu sayap kemudahan berkenaan disusuli letupan dan juga bunyi tembakan dipercayai dilakukan oleh banduan-banduan itu sepanjang malam.

Penduduk setempat juga menyaksikan pertempuran yang tidak berkesudahan sepanjang malam itu.

Menurut Gabenor Zulia, Omar Prieto, beliau bercadang menutup pusat tahanan berkenaan kerana rusuhan itu bukan kali pertama dilakukan banduan dalam penjara tersebut.

Pada 23 Disember lalu rusuhan sama berlaku menyebabkan enam banduan maut yang mana salah seorang terpaksa ditembak mati oleh pasukan keselamatan selepas gagal mengawal keadaan.

Rusuhan juga berlaku pada Mei lalu dengan beberapa orang maut dalam pergaduhan antara kumpulan itu.

Beliau berkata, penjara itu memuatkan kira-kira 1,000 banduan.

Penjara Venezuela berhadapan kesesakan di sebalik rancangan menaik taraf sejak 2011 menyebabkan sentiasa berlaku rusuhan tidak terkawal. –MalaysiaGazette