Najib Razak

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berikutan timbulnya desas desus tentang pembelian 32 buah Toyota Vellfire dan 3,000 buah kereta Honda Accord sebagai kenderaan rasmi untuk kegunaan menteri dan pegawai tinggi kerajaan kelak.

Bagaimanapun pembelian itu dikatakan masih dalam peringkat perbincangan dan belum mendapat kelulusan Kabinet.

Najib dalam entri terbarunya di Facebook sempat melontarkan persoalan alasan yang akan diberi Guan Eng bagi pembelian kereta-kereta itu.

“Akhirnya Guan Eng mengaku kerajaan PH nak beli 32 unit kereta Toyota Vellfire untuk menteri dan 3,000 unit Honda Accord di bawah kontrak Kementerian Kewangan.

“Tetapi dengan kelajuan amat pantas sekali selepas isu ini terbongkar, dia dah tai-chi ke kabinet.

“(Dulu PH kuat mengecam rancangan kerajaan BN nak beli 30 unit Honda Accord untuk kereta rasmi menteri kerana Proton Perdana model baru belum keluar lagi. Kini mereka beli 32 Vellfire dan 3,000 Honda Accord pulak!),” tulis Najib.

Terdahulu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, walaupun pemberian kontrak itu di bawah bidang kuasa kementeriannya tetapi ia perlu diputuskan oleh Kabinet.

“Tunggu Kabinet. Ya, (di bawah Kementerian Kewangan) tetapi kita berpandu pada mesyuarat Kabinet,” katanya kepada wartawan selepas melawat Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Pulau Pinang, pagi tadi.

Ditanya bila Jemaah Menteri akan bermesyuarat, Guan Eng hanya menjawab: “Pada mesyuarat akan datang.”.

Sebelum ini, Najib juga menyoal bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang banyak mengkritik dirinya tentang penggunaan kereta mewah ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.

“Haaaa. Ini satu lagi. Rafizi dulu lantang hentam saya. Dia kata “kantoi Kerajaan Persekutuan beli kereta mewah.

“Fitnah saja pandai. Kereta-kereta itu adalah tajaan BMW untuk ASEAN Summit ke-26. Baru-baru ini timbul pula berita. Kerajaan nak beli Vellfire untuk Menteri.

“Adakah Rafizi akan bertanya kepada kawan-kawan PH dia selepas ini apa perlunya kereta-kereta mewah ini? Jangan senyap. Dulu cakap kuat macam profesor. Dengan formula-formulanya, dengan kisah-kisahnya. Sekarang?,” soalnya lagi. –MalaysiaGazette

5 Komen

  1. WOWW…kerajaan PH nak pakai Welfire n Honda ACCORD tuu….kata Kerajaan Xda duit kerana hutang byk oleh Kerajaan BN dadulu..Masa Kerajaan Kau Kutuk kata BN basir duit.Suruh pakai kereta
    PROTON je.
    Sudah tentu nnti Sykt CINA yg supply kn Kereta kt Kerajaan PH…(DAP)…Mampos Org Melayu kena tipu…..Haaahhhhaaaa

  2. Org Melayu dlm PH suci. mana pernah MENIPU. Manifesto bukan janji. Bukan kitab suci. PM7 dah terangkan. Dron bukan kereta terbang. Walaupun mulut dan lidah dia yg bercakap. Sejak Rafizi bersara, kerajaan PH mana ade idea utk urus Malaysia. Sebab tu minyak tak naik. Cukai tak turun. Kerja yg ade dikosongkan bukan perbanyakkan kerja kosong. Mana ade menteri PH ni salah. Diaorg mana pernah buat salah, kan…..suci… Mereka cerdik. Bijok. Ikan dlm laut pun, menteri tau berapa banyak. Utk tingkatkan harga sawit dengan hanya minum sesudu sawit setiap hari…….

Comments are closed.