Agensi keselamatan Malaysia, khususnya Polis Diraja Malaysia, memantau rapat situasi semasa selepas Jepun mengeluarkan amaran kepada warganya termasuk di Malaysia mengenai kemungkinan ancaman pengganas di Asia Tenggara.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai tiga orang pelancong warganegara Malaysia terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke Karachi pada hari 26 Disember 2019.

Seorang daripada mangsa dilaporkan cedera parah dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Srinagar untuk menerima rawatan lanjut, manakala dua yang lain dilaporkan mengalami kecederaan ringan, katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi sedang memantau rapi keadaan mangsa dari semasa ke semasa dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast