TERKINI : Maszlee Malik Lari… Enggan Ulas Isu Pembelajaran Tulisan Jawi

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, enggan mengulas isu pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular. Ahli Parlimen Simpang Renggam itu langsung tidak mengendahkan soalan diajukan pengamal media, sebaliknya terus beredar meninggalkan sidang media dan memasuki kenderaan rasminya selepas sesi lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Keramat Wangsa di sini, hari ini. -MalaysiaGazette