Suruhanjaya Sekuriti

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengumumkan pelantikan Datuk Zain Azhari Mazlan sebagai Pengarah Eksekutif Kewangan & Pelaburan Korporat yang baharu hari ini.

Zain menggantikan Eugene Wong, yang telah berkhidmat selama 10 tahun di SC dan tamat kontraknya pada 31 Disember lalu.

Sebagai Pengarah Eksekutif, Kewangan & Pelaburan Korporat, Zain akan mengetuai dan menentukan hala tuju berhubung terbitan sekuriti dan pelaburan, termasuk penerbitan sekuriti, aktiviti pengambilalihan dan penggabungan, permohonan skim pelaburan kolektif, dan pendaftaran prospektus.

Zain menyertai SC bersama pengalaman luas beliau selama 25 tahun dalam bidang kewangan korporat.

Beliau merupakan alumni dari London School of Economics & Political Science, United Kingdom dan Maktab Tentera Diraja.
Zain memulakan kerjaya beliau di Bank Bumiputra Merchant (yang kemudiannya bergabung dengan Alliance Investment Bank) dan telah mengembangkan kerjaya beliau sepanjang 10 tahun di situ dan mengetuai aktiviti kewangan korporat.

Sebelum ini, beliau merupakan Pengarah Urusan, Kewangan Korporat di CIMB Investment Bank, yang beliau sertai pada Mac 2005. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast