ABUJA – Ngeri apabila sekumpulan penyerang bersenjata bertindak membunuh 19 orang dalam kalangan komuniti Tawari di Kogi, selatan Abuja lewat malam tadi.

Agensi melaporkan, kumpulan penyerang tersebut bertindak membakar rumah serta beberapa bangunan termasuk gereja selain menembak mati 19 orang awam secara rambang serta bertubi-tubi.

Jurucakap polis, Williams Anya yang mengesahkan serangan tersebut menyaksikan rumah ibadat musnah berkata: “Kita sedang kenalpasti kumpulan ini.

“Belum ada mana-mana pihak tampil lagi. Kami akan dedahkan dalang kepada insiden berdarah ini secepat mungkin,” ujarnya.

Sumber kepada agensi pula mendedahkan pembunuhan itu disyaki dilakukan sebagai tindak balas yang dikaitkan dengan pertempuran melibatkan komuniti di kawasan itu namun belum mendapat pengesahan pihak berkuasa. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast