LOMBOK- Gunung Rinjani di Nusa Tenggara Barat dekat sini ditutup sementara kerana banjir pada 1 Januari lalu.

Menurut Ketua Agensi Taman Negara Gunung Rinjani, Dedy Asriadi, salah satu daripada kawasan di gunung berkenaan telah ditenggelami air yang disebabkan oleh hujan lebat.

Walaupun banjir telah mula surut, trek pendakian masih ditutup sehingga 31 Mac ini atas sebab-sebab keselamatan.

Tambah Dedy, dengan projek pemulihan ekosistem yang masih berterusan di kawasan berkenaan ditambah dengan amaran cuaca melampau Kelas 1 daripada stesen Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Lombok Barat boleh membahayakan pendaki.

Katanya, kawasan tersebut akan dibuka semula selepas keadaan beberapa trek pendakian diperbaiki.- Agensi