Eddin Khoo

PETALING JAYA – Laporan mengenai Peperiksaan Bersepadu Sekolah Persendirian Cina (UEC) akan diserahkan kepada Menteri Pendidikan baharu selepas Dr. Maszlee Malik meletak jawatan berkuat kuasa 3 Januari.

Pengerusi Jawatankuasa Khas UEC, Eddin Khoo berkata, laporan itu telah disiapkan dan bersedia untuk diserahkan kepada Kementerian Pendidikan.

“Laporan ini ditulis secara bebas oleh saya,  dua Ahli jawatankuasa yang lain boleh memberi pandangan.

“Tindakan seterus kami ialah menyerahkan laporan kepada kementerian,” katanya kepada Sinchew Daily.

Baca: PPDUEC perlu lebih masa siapkan kajian iktiraf sijil UEC – Maszlee

Sementara itu, Eddin berasa kecewa dan sedih dengan perletakan jawatan Maszlee.

“Saya berasa kecewa kerana Maszlee sudah tidak ada dalam kementerian. Beliau merupakan seorang menteri yang sangat terbuka.

“Berbeza dengan yang lain, jawatankuasa kami mengamalkan perundingan. Oleh itu, kami mengambil masa yang panjang,” katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa lebih mengutamakan proses perundingan dan pengumpulan pendapat dan bukan hanya mementingkan hasil.

Baca: Laporan UEC tidak ditunda hingga 2020

Eddin juga menegaskan bahawa laporan yang dikaryanya mengambil input daripada pertubuhan dan individu, selain menjelaskan pelbagai persoalan mengenai UEC. – MalaysiaGazette

UEC: Tunggu sampai waktunya

2 Komen

  1. Apa nak serah UEC mansoh kan sahaja sekolah vanecular dan haramkan dong jia zong. potong kerakyataan bangsa bangkai yang menentang perlembagaan tu

Comments are closed.