AMERIKA SYARIKAT – Aktres terkenal Hollywood, Cameron Diaz dikurniakan bayi perempuan yang diberikan nama Raddix Madden.

Berita gembira tersebut dikongsi menerusi laman Instagram peribadi Diaz, 47, dan suaminya Benji Madden, 40.

“Selamat tahun baru daripada keluarga Madden! Kami gembira dan bersyukur untuk memulakan dekad baharu ini dengan mengumumkan kelahiran anak perempuan kami, Raddix Madden,” tulis pasangan itu.

Raddix merupakan anak sulung buat pasangan tersebut yang mengikat tali perkahwinan sejak tahun 2015.

Pasangan yang jarang berkongsi kehidupan peribadi berkata, mereka tidak akan memuat naik sebarang gambar atau maklumat mengenai cahaya mata mereka.

“Kami sangat gembira untuk berkongsi berita ini tetapi kami ingin melindungi privasi anak kecil kami. Oleh itu, kami tidak akan memuat naik gambar atau berkongsi maklumat lanjut.

“Apa yang boleh kami katakan adalah dia sangat comel,” tambah mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast